Pages

Sunday 22 April 2012

Bola Kito....

Sori semua.. alu lambat update... intenet kat kolej buat hal.. asal hujung minggu jer..
xdak... ni aku geram nak mencarut ni.... (Sabar2)...)

Fokus apa yang nak di post...

Separuh Akhir Pertama Piala FA 2012
Kelantan 1-1 Kedah...


Jika dilihat, Kelantan memang pegang game malam tu... banyok peluang.... thank u Mat Yo.. wat gol.. lu dop sakit la nati g kedah....

Separuh Akhir kedua nanti, Kelanta Kena Jaringkan gol juga kalau nak selesa g final..

harap2 ok la....

ni aku nak copy paste berita dari Sukan Malaya....


Sime Darby melakukan kejutan di separuh akhir pertama Piala FA selepas menumpaskan Terengganu 2-1, manakala Kelantan gagal menggunakan kesempatan beraksi di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV apabila terikat 1-1 menentang Kedah.
Perlawanan antara Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Mohammad IV yang dihadiri oleh 20 ribu penyokong Red Warriors dan lebih kurang 200 penyokong Hijau Kuning nampak seimbang pada awal babak permainan. Satu kejutan berlaku apabila Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talaha telah meletakkan Kelantan dihadapan dengan sepakan kaki kirinya ke gawang dan tidak dapat ditepis oleh Helmi Eliza penjaga gol Kedah pada minit ke 16.
Namun, pertahanan Kelantan dihukum oleh penyerang handal Kroatia Vedran Gerc yang baru memasuki skuad hijau kuning baru – baru ini telah menjaringkan dua gol dalam penampilan pertama di Malaysia. Vedran tidak hilang fokus dan telah merampas bola dari pertengahan padang, memecut lepas Zairul Fitree, memotong masuk dan meninggalkan Obina sebelum menyepak masuk gol penyamaan yang amat bernilai di padang lawan.
Pada babak seterusnya, Kelantan menyerang benteng Kedah dengan serangan bertubi – tubi tetapi kemas dikawal oleh pertahanan Kedah di mana semua pemain tengah Kedah turun untuk membantu pertahanan untuk tidak dibolosi. Pasukan Hijau Kuning terus berjuang dan mampu bertahan dari serangan-serangan Kelantan hingga wisel penamat.
Penyokong Kedah dan Kelantan agak terkilan dengan tindakan pengadil yang melepaskan banyak kad kuning dan 2 kad merah kepada Syukri Wan Ahmad dan Daudsu Jamaluddin. Mutu pengadilan juga banyak dipersoalkan kerana memberi masa tambahan 4 minit pada separuh masa pertama dan memberi masa tambahan 8 minit di separuh masa kedua.
Sime Darby membuat kejutan kepada seluruh peminat bolasepak Malaysia setelah menewaskan Juara Piala FA 2011 Terengganu dengan jaringan 2 – 1 di mana tidak menepati prediksyen crew Sukan Malaya.
Patrick Ronaldinho nyata menjadi igauan ngeri Sharbinee selepas membuka tirai gol pada minit ke 52. Minit ke 69, penjaring terbanyak Liga Super Francis Forkey Doe setakat ini menyamakan kedudukan pada minit ke 65.
Gol kedua Sime Darby dijaringkan oleh Syukor Saidin pada minit ke 92 untuk membawa pulang bekala selesa apabila perlawanan kedua ini lantas mengecewakan peminat Terengganu sehingga menyebabkan protes terhadap pengurus pasukan Terengganu iaitu Dato’ Che Mat Jusoh.

* Good Luck Kelate Kito

No comments:

Post a Comment