Nama itu Indah. Tanpa Nama Ia Pincang..... Nama diberi untuk menggambarkan sesuatu. Jika tiada nama, persoalan akan terjadi.
Sunday, 15 April 2012
Pesanan ikhlas
Ini adalah pesanan yang aku buat untuk Rimbawan 27..
Salam Rimbawan...
Ini adalah pesanan daripada kami-kami yang telah berada di luar kampus Bintulu sebagai Rimbawan. Pertamanya, ucapan tahniah kepada Rimbawan 27 kerana telah menjalani Kem Perhutanan dengan jayanya. Tahniah Rimbawan 27. Kamu semua telah menjalani dengan sebaiknya walaupun pelbagai kejadian yang tak dapat dielakkan semasa didalam kem. Maka dengan menjalanii salah satu syarat untuk bergraduat ini, Alhamdulillah Syukur kamu telah berjaya.
Berbalik kepada apakah tujuan Kem Perhutanan diadakan. Objektif utama yang paling nampak dilihat adalah untuk melihat perpaduan. adakah bersatu atau sebaliknya. dan adakah kem perhutanan ini memang harus diadakan.? Jawapan kami Harus diadakan. Kem Hutan, Kami kenal teman kami, kami buat mengikut arahan, kami bersama dan suka duka yang ditempuh bersama di dalam kem. Tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh, Dusun, Kadazan dan sebagainya. Tidak kira dari Negeri mana pun. apabila berada di dunia Rimbawan. Kami adalah satu. Jika Salah seorang, itu semua salah kami. Itu adalah Kem Hutan. Jangan lah berfikir 'Yes, da lepas kem hutan, lega....' Memang nampak ringkas ayatnya namun ayat sebenarnya adalah 'Aku Telah Berjaya Menjadi Seorang Rimbawan'.
Seterusnya, Kelab Rimbawan. Itu adalah yang kami amat berbangga dengan KELAB RIMBAWAN. antara Kelab teraktif di UPMKB awalnya. Semua Kelab Pandang kita dengan tinggi. ade je Majlis mesti ade Rimbawan. Maka kami harap Rimbawan 27 mewarisi ape yang diperjuangkan untuk kelab. Nampak senang, tapi sukar untuk dilaksanakan. Sokong pengurusan Kelab sekarang, bersatu hati untuk melaksanakannya. Jadi Seorang Yang Pro-Fesional, bukanya seorang Pro-Sak. InsyaAllah jika semua Rimbawan Dapat bersatu hati, kita boleh menaikan lagi Kelab Rimbawan. InsyaAllah.
Sememangnya kiita akan berada dalam satu tahap dimana sifat diskriminasi kesenioritian akan lahir oleh sesetengah kita apabila adanya pelajar baru yang masuk. Oleh yang demikian, pesanan untuk Rimbawan 27, anda adalah senior, namun anda perlu tahu anda juga adalah Junior kerana anda maseh bersama Rimbawan 26. Ringankan mulut, lebarkan senyuman, ramahkan mesra dalam pergaulan. Hormati pada yang Lebih laba, berlaku baik pada yang baru. jika tidak tahu akan sesuatu, jangan malu bertanya kepada yang lebih berpengalaman. orang kata jangan 'Tarik Muka', susah merana jika mukanya ditarik. Kerjasama Penting antara rimbawan. Bimbinglah Bakal Rimbawan 28 dan 29 dengan sebaiknya...
JSH atau Jabatan Sains Perhutanan. ini tugu keramat kami. banyak kenangan di sini bersama staff. Pensyaraf dan staff adalah orang penting dalam Rimbawan. Tanpa mereka, pincang. Tegur, sapa mereka jika berjumpa.. Senyum. Mereka adalah staff yang paling senang dibuat runding. Dan jangan sesekali buat perkara yang mereka tidak suka. Contoh, Ketepatan masa harus diikuti... Hormati Kelas... Buat Kerja Yang Menampakan kamu semua Adalah Rimbawan Yang Berjaya di hadapan mereka. Mereka akan bangga dengan Pencapaian ini.
Akhir kata, Kami Rimbawan 25 meminta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki apa sahaja kesalahan dan kesilapan kami semasa berada bersama anda semua. Jangan jatuhkan maruah Rimbawan, Bawa ia naik....
Selamat Jalan Rimbawan 27 yang akan balik nanti.. semoga perjalanan kamu dirahmati oleh Allah.
InsyaAllah, ada masa peluang kita akan berjumpa lagi...
Terima Kaseh...
RIMBAWAN 25 - RIMBAWAN BERINTEGRITI, HUTAN LESTARI
* 2 orang daripada kami akan memantau kalian semua..... InsyaAllah ade orang ketiga akan sertai........
(panjang gila ah aku tulis.....)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment