Assalamualaikum.... Genap setahun menghilang. Bukan menyepi, bukan jua menghilang namun hamba telah terlupa akan kata laluan emel Gmail hamba. Tuuddiiaaaa... berhamba-hamba.... Berhabuk dibuatnya ruangan ini ya... Maafkan Hamba sekali lagi... InsyaAllah Ada Apa Dengan Nama Akan diteruskan andai tiada kesibukan dalam perjalanan menuntut ilmu hamba ini....
BSTR?? Apakah dimaksudkan dengan BSTR?? ia cukup senang untuk diterjemahkan seandainya anda adalah dari Fakulti Perhutanan.. BACELOR SAINS TAMAN DAN REKREASI. Program yang baru sahaja masuk tahun yang ketiga. Nampak senang dari luarannya walhanya akan berlaku perubahan pada mental dan ideologi andainya anda sendiri berada di dalam famili kami ini.
Semester ketiga barulah hamba dpat merasa apakh sebenarnya rekreasi. Didedahkan dengan awal tutur madahnya pengenalan kepada rekreasi diterjemahkan kepadaa kemahiran. Kemahiran yang melambangkan anda layak atau sebaliknya untuk menjadi seorang yang dipanggil 'RECCERS'.
Hamba didedahkan 3 subjek rekreasi pada semester ini. Ekologi sumber Rekreasi, Inventori sumber taman dan Rekreasi dan Kemahiran Rekreasi Luar. Bagi hamba Kemahiran Rekreasi Luar yang akan mencorak penampilan sesorang tersebut adakh ia bersesuaian dengan program ataupun sebaliknya.